Search

Cucunda Ke-6

Alhamdulillah, di pagi Jum...

  • Share this:

Cucunda Ke-6

Alhamdulillah, di pagi Jumaat yang lepas cucunda ke-6 dilahirkan ke muka bumi ini.

Sebentar tadi, cucunda ini sampai di rumah mama tok dan abah tok. Semua orang menyambut kedatangan ahli keluarga baru dengan rasa gembira dan teruja melainkan saya (abah tok).

Saya rasa amat sayu kerana lambat turun menyambut kedatangan insan istimewa ini. Kebetulan, saya tengah mempengerusikan mesyuarat panel Syariah bagi First Abu Dhabi Bank, UAE. Kebetulan, banyak agenda dan panjang perbincangan pula. Hampir 4 jam bermesyuarat. Tak sabar2 nak turun menyambut insan istimewa.

Nama pilihan putera ini masih lagi dalam makmal pencarian nama.

Semoga semua dapat mendoakan yang terbaik kepada cucunda saya ini menjadi anak yang saleh, berbakti kepada ayah dan ibu, bijak dan bermakna kepada masyarakat dan negara. Terima kasih atas hantaran doa anda. Hanya Allah yang membalas sewajarnya.

Rasa macam hari raya.

MDB


Tags:

About author
not provided
Pengerusi Eksekutif Amanie Group, Presiden IIUM ke 8, Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara
View all posts